tada!!!

Sunday, 1 March 2015

Sunday, First Day Of March 2015

Selamat petang guys,

Aku nak share apa yang aku buat semalam. Well, semalam aku attend kelas memandu kereta untuk amik lesen D. Aku attend kelas dekat cheras pula kali ni, sebab biasanya aku datang kelas area AU3 keramat. Tapi memandangkan cikgu aku kata dia nak bagi aku familiar dengan tempat baru ni, sebab nanti aku akan mengambil ujian JPJ dekat situ...baiklah..heehhe
Aku keluar rumah dalam 9.00 pagi, sebab nak heavy breakfast dulu. Sebab cikgu nak datang ambil jam11.00 pagi dan memang takkan sempat nak lunch dah.(Boleh je makan kalau nak, time tunggu turn buat latihan, tapi aku malas nak kelam kabut) Aku tunggu cikgu aku di bustop Ampang Point, sebabnya dia nak pick-up student lain juga, sebelum aku. macam biasa aku akan awal sampai(more than setengah jam..hehe). Cikgu aku sampai sharp jam11.00 pagi (bisanya tak pernah nak on time..hehehe..). Kitaorang terus bergerak ke pusat memandu Cheras. Nama pusat memandu tu, aku tak perasaan pulak...next kelas nanti aku tengok, okey...

Kitaorang sampai je sekolah memandu Cheras dalam jam11 lebih macam tu, matahari tak payah cakapla...memang terik gila...tapi semua orang tabah dan pasrah je aku tengok buat latihan memandu ni...hehehe...sebabnya semua orang nak luluskan, dan nak sekali lafaz je, so tak payah nak bazir duit dan masa nak ulang-ulang...


*pesanan untuk korang yang nak datang kelas nak buat latihan...bawa la air mineral 1 botol besar..cam aku..sebabnya aku ni setiap 20minit kena minum air..tak tahan dengan kepanasan...demam cepat je datang kalau air kurang dalam badan...

Sampai je dekat situ, cikgu kata aku buat latihan dulu, iaitu memandu di jalan yang betul, bukan dalam litar seperti sebelum ni...huh!! biar betul cikgu aku ni?? boleh ke aku memandu atas jalan raya ni??okeh.. Aku  dah start cuak...yelah sebabnya aku tak mampu kawal stereng kereta dengan baik lagi, dan ini adalah kelas aku yang ke 5(baru 5 kali seumur hidup pegang stereng kereta dan bawa sendiri), still tak mampu nak kuasai setereng tu...hehehe my bad...sabor je la cikgu tu....3 kali dia bawa aku keluar ke jalan raya, cikgu tu siap cakap lagi saya pun berdebar je duduk sebelah awak ni...sebabnya memandu yang sungguh tak selamat...hehe...nasiblah tak kena heart attack cikgu tu...dah la dia full time mengajar memandu ni....bayangkan setiap hari jumpa student cam aku yang first time pegang stereng, yang jalan pun cam ular lagi..hehe...

Lepas pusing2 jalan raya 3 kali, turn student lain pula...tapi dia dah terror sebabnya dah biasa bawa kerta auto...and umur baru 18tahun...budak ni nama suraya...dia kata next week nak test JPJ da, pulak tu sehari sebelum tu, result spm dah keluar...dia pun berdebar juga sebabnya kalau la result dia lulus, nanti esoknya dia tak boleh pulak nanti buat test JPJ dengan baik...semoga suraya dapat result spm yang cemerlang dan dapat buat test JPJ dengan baik...

Dah turn suraya, aku pula duduk rehat di tempat menunggu yang memang disediakan.Time aku sampai tu memang ramai orang ada yang tengah belatih motor( siap kena tarzan lagi oleh cikgu IMKEDA dekat situ..hehehe..mungkin tahap kesabaran pak cik tu da rentung dek teriknya matahari..hehhe..)..ada yang tengah berlatih kereta dalam litar dan treler pun ada juga...ada yang baru nak amik exem undang-undang...yang baru nak buat latihan pertama selepas lulus undang-undang iaitu RSM & CITO..bab ni nanti aku ceritakan di post yang kan datang...tungguu..hehe 

Aku dan suraya bergilir buat latihan naik bukit, side parking, 3 penjuru(3 point turn), pusing S dan Z.
Kitaorang gerak balik dalam jam 4.00 petang macam tu...nasib tak jem teruk...less than 30 minute aku dah naik bus balik ke rumah...pas ni misi seterusnya iaitu hunting food dengan sahabat sejati aku...hehe..(kebulur weh...)





No comments:

Post a Comment