tada!!!

Tuesday, 10 March 2015

Pengalaman Amik Lesen Kereta 2015

Hi... ari ni aku nak cerita sikit tentang step-step nak amik lesen D (kereta).

STEP 1

1. Kena daftar mana-mana sekolah memandu & terus masuk Kursus KPP01(ikut sekolah)
~ Aku daftar pada 12 Julai 2014 dan mendaftar dengan sekolah memandu Razi. Dia la yang ajar aku memandu dan akan uruskan A to Z. Aku just bayar je...hehe
~ Masa dah daftar ni dia amik aku dekat bustop Ampang Point sebabnya kami akan ke sekolah memandu di Keramat Au3.Sampai je dekat sekolah tu, aku terus membayar yuran pertama RM350.00 dan diminta mendaftar untuk Kursus KPP01 iaitu mengikuti ceramah selama 4 jam...4 jam dibahagian kepada 2 slot. Slot pertama mengenai Pengenalan Kepada Konsep Pemanduan Yang Selamat/Berhemah, Slot kedua mengenai simbol-simbol yang terdapat di jalan raya. Do not worry, sebabnya korang akan diberikan buku sebelum korang masuk kelas..yang penting dah bayar la kan..
~ Lepas abis kelas korang akan di minta ke kaunter untuk diambil thumbprint, menandakan korang hadir kelas.

*Tips-masa ni korang jangan mengada-ada meengantuk atau sebagainya...masa ni la korang nak faham betul-betul simbol-simbol yang korang tak tahu. Sebabnya akan ada konsep-konsep yang korang yang tak faham dalam kelas ni akan di terangkan dengan lebih lanjut.

STEP 2

1.Ujian Undang-undang(Berkomputer)

-Ujian berkomputer ni akan di jalankan ditempat lain(pusat komputer).
-Soalan terbahagi kepada 3 Seksyen. Seksyen A(15 soalan-Papan Tanda), Seksyen B (25 soalan-Pemanduan Berhemah) dan Seksyen C(10 soalan-)..sebelum korang masuk seksyen A, akan ada soalan warna..kiranya sebagai tapisan awal bagi yang buta warna..kalau tak lulus bahagian ni,automatik gagal sebabnya, komputer tak boleh nak ke bahagaian seterusnya.
-Aku amik exam pula dalam 10 January 2015. Aku amik lambat sebab lepas je Krusus KPP01 tu aku busy, tak sempat nak belajar buku yang diberikan, lepas tu aku balik kampung lagi..tak nak terburu-buru, bila aku dah bersedia betul-betul, yakin boleh jawab soalan walaupun diputar belit baru aku amik exam ni...dan aku lulus dengan sekali harung je..hehe 
-Soalan ada 50..tapi markah lulus 42..masa diberikan 45 minit kalau tak silap...markah aku 46 dan aku jawab  dalam masa 11 minit 58 saat..(sebab tu pentingnya korang baca buku dan yakin boleh jawab dengan betul baru amik exam ni, okeh..) 

*Tips- korang jangan terburu-buru nak amik exam ni kalau tak sedia lagi..maksud aku kalau korang belum lagi khatam buku yang diberikan , dari A to Z...sebabnya nanti kalau korang da gagal first tu korang akan lagi nervous nak amik exam kali kedua..aku ada kenal orang yang dah amik exam 2 kali tapi still failed juga..sekarang ni dia dah macam give up nak amik lagi...nak ke macam tu??

STEP 3

1.Kursus KPP02(Amali)

-Kursus seterusnya selepas korang dah lulus ujian undang-undang adalah kursus KPP03. Untuk krusus ni korang akan diajar mengenai badan kereta dan bahagian enjin.
-Masa ni juga korang akan di ajar apa itu CITO(Cermin, Isyarat, Titik Buta dan Olahgerak), RSM (Rutin Semasa Memandu) & RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan). Sebab benda ni diajar, masa JPJ pun yang ni ada markah tau...satu rutin korang tak sebut kurang 1 markah.Paling penting(mandatori) masa RSM memeriksa tali pinggang keledar, kalau tak periksa dan pakai korang terus failed tau..

STEP 4

1.Latihan Pratikal Dalam Litar & Jalan Raya
-Masa kelas amali korang dah di ajar mengenai RSM dan CITO kan...so ni tiba masa nak buat pratikal di atas litar dan jalan raya.
-Masa untuk pratikal ni adalah 10 jam, macam aku setiap hujung minggu je la dapat buat latihan ni, 2 jam sabtu dan 2 jam ahad..sebabnya weekdays aku kerja.
-Berikut adalah penerangan mengenai RSM dan CITO:


A) (RSM) -Rutin Sebelum Memandu (9) kaedah perlu di amalkan semasa memandu.

1.Korang masuk je kereta, kena tarik break tangan.

2.Melaraskan tempat duduk serta penyandar kepala.

3.Menentukan kedudukan tangan dan stereng selesa (nadi korang berada betul-betul atas stereng).

4.Melaraskan cermin pandang belakang dan sisi(kiri dan kanan

5.Menghidupkan suis kenderaan dan memastikan pentujuk panel menyala(meter-meter yang ada korang kena tahu fungsi. Cth: Untuk Meter minyak petrol E-Empty, F=Full). Masa ni cikgu aku suruh satu-satu baca.

6.Memastikan Gear dalam keadaan (Bebas) sebelum menghidupkan kenderaan.

7.Menghidupkan kenderaan dengan menekan cekam atau brek

8.Memastikan peralatan lampu isyarat/pengelap cermin/Hon berfungsi

9.Menguji tali pinggang keledar dan memakainya.(wajib buat semasa JPJ, kalau tak terus gagal)


B)CITO

C - CERMIN
I - ISYARAT
T - TITK BUTA
O - OLAHGERAK


-Okeh, semasa dalam litar korang kena belajar mengenai jalan-jalan seperti di bawah.
1.Jalan Persimpangan
2.Jalan Membelok
3.Jalan Di Selekoh
4.Jalan Di Bulatan



STEP 5

~ Dah masuk step 5 ni, maksudnya...korang dah nak amik test JPJ.
~ Masa test JPJ ni Pertama sekali kena buat ujuan Jalan raya, Lepas tu baut bukit barula buat side parking, dan parking tiga penjuru..lepas tu buat laluan S dan laluan Z.

*Pastikan korang dah betul2 yakin 200% yang korang boleh bawa kereta dan hafal apa yang dah korang pelajari semasa dalam trek dan atas jalan raya tu...baru amik ujian ok...sebab macam aku cakap awal2,..bila tak bersedia sepenuhnya..mula la nervous, bagai nak roboh jantung...hehehe


** pssst...aku dah dapat lesen D..hehehehe..






No comments:

Post a Comment