Assalammualaikum....
So, marilah terjah langkah-langkah untuk membuat pembayaran PTPTN dengan KWSP.
Ni, berdasarkan pengalaman sendiri okeh.
1.LOG
MASUK i-akaun.
- So, bagi korang yang belum ada i-akaun ni. Kena buat di mesin EPF tu, kalau tak silap.Coz aku dah lama buka i-akaun ni, so, dah lupa proses tu...maaf dipinta okeh..
- Proses lebih kurang macam nak buat online banking. Kena daftar no.telefon korang je sebenarnya.
- Fungsi i-akaun ni, korang boleh cek caruman setiap bulan, masuk @ tak.
- Lagi satu, mudah nak buat permohonan e-pengeluaran lain selain untuk PTPTN ni.
- Nak print statement KWSP pun boleh and korang nak tukar alamat terbaru pun boleh guna i-akaun ni.
- Nak tengok banyak mana akaun 2 korang pun boleh.
- Untuk nak buat pengeluaran pendidikan ni, hanya akaun 2 yang dibenarkan.
2. LENGKAPKAN
BORANG
- Masuk step ni, korang kena isikan borang yang ada. Untuk pengeluaran Pendidikan (PTPTN) korang kena isi tarikh masuk U dan tarikh tamat belajar.
- Dalam borang ni pun ada dinyatakan sekiranya
korang nak bayar guna kwsp sendiri untuk sendiri punya PTPTN or korang as
wife/husband/bapa/mak nak bayar untuk anak-anak/wife/husband pun ada di dalam
ni. So, isi yang mana berkenaan okeh…untunglerrr…ada orang boleh bayarkan ptptn
korang…hehehe.. macam aku single
but not ready to mingleni..kenala bayar sendirian berhad kan…tak ada orang nak tolong pun….sob…sob…sob...
- Korang dah lengkapkan borang tu.Maka tunggu je la pihak kwsp sms korang,mengatakan yang korang dah boleh hadir ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari dan bawa dokumen yang diperlukan.
- Kwsp juga akan update di dalam i-akaun korang, so sila la buka untuk senarai dokumen yang wajib korang bawa nanti.
- For those yang dah abis study tu just bawa korang punya original certs dan result korang. Jangan lupa sediakan photocopy juga ye.(copy bagi bagi dengan pihak KWSP), So,kena bawa siap2.
- Kalau original tak ada pastikan photocopy tu dah disahkan ye.
- OOpsss!!!! IC sangat penting ok…sila la bawa…heheheh
4. HADIR KE KAUNTER
- Sila la hadir ke KWSP terdekat untuk pengesahan cop jari korang.Done!!! mudah bukan.
Mudahkan proses nak bayar PTPTN ni. Thanks to KWSP dan PTPTN
kerana memudahkan lagi proses pembayaran. So, tak tak ada alasan untuk tak
membayar PTPTN kan…kesian adik-adik yang nak belajar nanti, susah pula nak
dapatkan pinjaman. Dahla kos pendidikan bukanya makin murah..
p/s: sila la bayar ptptn anda sekiranya tak nak di blacklist…
No comments:
Post a Comment