tada!!!

Wednesday, 25 May 2016

Aku & Konsert Wings 30 Tahun

 Salam readers!!!


* ni la ticket untuk masuk konsert tu

Korang ada datang tak masa Konsert Wings hari tu? 
Well, aku since dari jam 11 lebih pagi dah terpacak di Stadium Merdeka Okeh!!!..hehehehe..dan balik selepas semuanya selesai...dalam jam 3 pagi, kalau tak silap. 
Aku sampai rumah dalam 4 pagi.

Meh aku cerita dari mula aku sampai ke Stadium Merdeka sampai la aku balik okeh..harap bersabar banyak-banyak sebab entry kali ni akan berjela-jela....heheheh

Jam 11 lebih macam tu aku dan housemate aku dah sampai di Stadium Merdeka. 
Masa nak naik ke Stadium Medeka tu dah bersusun kereta naik masuk okeh...dan obviously memang tak dapatlah nak park area sanakan..

besides orang-orang yang ada sticker or yang dah booking je boleh park dekat dalam, masa tu..and kena bayar Rm 20.

So, memandangkan masih awal, kitaorang pun rilek lagi, cari-cari parking yang berdekatan..tapi semuanya dah penuh.

Jadi kitaorang cari parking yang jauh sikit dari situ, dapatlah parking yang berharga RM10 perday. Tak fikir panjang, kitaorang terus je park..dan jalan lengang kangkung ke Stadium Merdeka..hewhewhew.

.Lengang kangkung pun aku semput jugak la, kan naik bukit sikit..nampak tak stamina aku disitu?? ooOOOoopppssss..

Sampai je depan Stadium terus pegi booth-booth jual merchandise Wings..
Padahal malam 30 Oktober tu kitaorang dah datang redeem ticket and menyempat membeli baju sorang satu untuk pakai esoknya.. ni nak usha lagi..kopak duit den..hahahaha.. last-last aku tak beli, 

Tapi kawan aku siap beli towel wings and sckaf? benda yang sarung atas kepala tu..dia beli red colour..towel pula grey, rasanya 1 color je kot. 
But most of the time aku yang pakai tuala muka tu..untuk tutup kepala..panas weh!!..heheheh...

Lepas dah ronda-ronda booth, then kitaorang duduk bawah pokok, sejuk sikit..sebab masa ni dah start panas.

Lama jugalah kitaorang lepak situ..puas jugala posing sana posing sini amik gambar..sebelum jam 2 tu, kawan aku beli makanan, 

So that, tak perlu la nak keluar balik untuk lunch..malas sebenarnya dengan panas dan jauh!!..i tak rela..hehehe

Jam 2 pm, dah ready depan pintu masuk..tapi aku notice entrance untuk ticket (Free seating RM85.00) kami tiada terpapar, tapi still nak tunggu juga depan entrance tu sampai jam 2.30..pintu still belum buka.
Kita orang dah pula pelik, padahal untuk Corporate, Rock Zone, VVIP siap gantung banner lagi..last-last kawan aku tanya orang yang jaga entrance tu mana pintu untuk Free Seating.

Rupa-rupanya pintu tu di tepi, sudah tu tulisan kecik je...hahahaha..al maklum, ticket murah kan...hehehe. dan kitaorang terus beratur di tepi pintu tu..
tapi masa tu masih tak ramai orang..kiranya kami ni orang pertama masuk selepas pintu dibuka okeh!!! untuk free seating ni ada 2 pintu boleh masuk...ada satu pintu lagi dari belakang Stadium..kawasan ni ramai orang berniaga..aku tahu pun setelah masuk dalam stadium.

Selepas kami masuk tu, tidak lama lepas tu persembahan pun bermula..kan rami band-band yang dijemput.. dari first artis tu kami memang dah ada dalam stadium..walaupun panas terik you... thats why la muka aku pun sunburn...hehehehh

Bagi aku konsert Wings ni memang terrrbaaaiiikkk..vokal Awie memang mantap.
 Lagi satu dia tak semput pun walau menyanyi berterusan. 

Tapi penonton yang semput okeh..termasuk aku...hahahaha..mana taknya dari 11 am  sempai la ke pagi (4.00 am)balik...hahaha..aku bukan penat pun sebenarnya, 

Tapi kesejukan tahap gaban..sebab dari jam 6 petang kot hujan..kitaorang mandi hujan masa tu... aku dah memang basah 60% lepas tu kering sikit..then hujan lagi..kering sikit..then hujan lagi..time hujan lebat je aku lari berteduh bawah banner..the rest masa gerimis tu..aku dah malas nak angkat bontot..sebab memang tengah basah pun..

Buat apa nak lari lagi..hahaha..bukan boleh kering pun lepas tu..sebab dah malam.
Harap-harap kalau ada lagi konsert masa akan datang, tolonglah jangan buat musim tengkujuh...beku kitaorang tau...hehehehe

Masa ni bukan  je muda mudi yang datang tau, satu family pun ada..kiranya konsert ni satu family pun boleh datang.

Ni la cerita aku pengalaman masa pergi Konsert Wings..gila best!!!.walaupun dah lama gila..last year lagi..tapi tetap juga nak tepek sini..kang lupa, senang nak flash back kan..hehe..lepas ni nak terjah konsert Search pula di Sepang Circuit kalau tak silap..Venue dah di tukar kan. 



p/s: Tips nak ke Konsert Search..selain bawa payung..jangan lupa bawa plastik juga tau..senang korang nak sumbat barang-barang berharga korang dalam tu..tak  la korang meroyan kalau ipad,iphone, korang rosak kan...hehehe

~ Jom Beli Tiket Bas Online ~

Salam korang…

Dah nak puasa dah pun kan?? Dah ganti puasa ke?? For those yang belum ganti tu, cepat-cepat la ganti…still ada masa lagi..…

Okeh, tahun ni aku tak balik kampung..so, mesti malindo air dan Air Asia rasa kehilangan, coz aku tak tumpang dorang tahun ni…heheheeh..okeh..itu exaggerate ..weeeee..

So, memandangkan aku tak balik.

Aku decide nak ke Kuala Terengganu.

Coz my brother pun tak balik, jadi aku nak pergi tumpang raya dengan family dia..heheheheh..

Mula-mula tu ingatkan nak naik Air Asia ke KT,  but rasa dah mahal la pulak ticket. 
Walaupun sebenarnya boss akan bayar balik tambang aku(travelling claim)heheeeee…boss aku sangatlah baik...tengs boss!!!

Tapi rasa rugi pula beli mahal-mahal. Bas kan ada…mujur ada bas!!..

So, aku pun dah survey-survey mana satu nak naik nanti.

Aku mungkin akan naik Sani Express..sebabnya boleh beli ticket online..Mana-mana bas pun boleh beli online dah sekarang ni kan. It just that aku rasa beli dari Sani Express ni lagi mudah kot..hehehehe

Korang boleh je terjah website ni kalau nak beli tiket:
      1. Easybook.com 
      2.  Transnasional
      3. Saniexpress.com

Aku tengah tunggu kawan aku confirmkan cuti dia dulu,sebab dia pun nak join sekali.
Then baru la aku beli online. 

Beli je la online bagi orang-orang yang malas macam aku ni kan, malasnya nak ke kaunter…hehehe

Till then…Assalamualaikum..


Sunday, 8 May 2016

~4 Langkah Mudah Bayar PTPTN Dengan KWSP~

Assalammualaikum....

So, marilah terjah langkah-langkah untuk membuat pembayaran PTPTN dengan KWSP. 
Ni, berdasarkan pengalaman sendiri okeh.

1.LOG MASUK i-akaun.
  • So, bagi korang yang belum ada i-akaun ni. Kena buat di mesin EPF tu, kalau tak silap.Coz aku dah lama buka i-akaun ni, so, dah lupa proses tu...maaf dipinta okeh..
  • Proses lebih kurang macam nak buat online banking. Kena daftar no.telefon korang je sebenarnya.
  •  Fungsi i-akaun ni, korang boleh cek caruman setiap bulan, masuk @ tak.
  •  Lagi satu, mudah nak buat permohonan e-pengeluaran lain selain untuk PTPTN ni.
  •  Nak print statement KWSP pun boleh and korang nak tukar alamat terbaru pun boleh guna i-akaun ni.
  • Nak tengok banyak mana akaun 2 korang pun boleh.
  • Untuk nak buat pengeluaran pendidikan ni, hanya akaun 2 yang dibenarkan.

   2. LENGKAPKAN BORANG
  •   Masuk step ni, korang kena isikan borang yang ada. Untuk pengeluaran Pendidikan (PTPTN) korang kena isi tarikh masuk U dan tarikh tamat belajar.
  •    Dalam borang ni pun ada dinyatakan sekiranya korang nak bayar guna kwsp sendiri untuk sendiri punya PTPTN or korang as wife/husband/bapa/mak nak bayar untuk anak-anak/wife/husband pun ada di dalam ni. So, isi yang mana berkenaan okeh…untunglerrr…ada orang boleh bayarkan ptptn korang…hehehe.. macam aku single but not ready to mingle ni..kenala bayar sendirian berhad kan…tak ada orang nak tolong pun….sob…sob…sob...
3.  NOTIS DARI KWSP
  •     Korang dah lengkapkan borang tu.Maka tunggu je la pihak kwsp sms korang,mengatakan yang korang dah boleh hadir ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari dan bawa dokumen yang diperlukan.
  •   Kwsp juga akan update di dalam i-akaun korang, so sila la buka untuk senarai dokumen yang wajib korang bawa nanti.
  •     For those yang dah abis study tu just bawa korang punya original certs dan result korang. Jangan lupa sediakan photocopy juga ye.(copy bagi bagi dengan pihak KWSP), So,kena bawa siap2.
  •      Kalau original tak ada pastikan photocopy tu dah disahkan ye.
  •     OOpsss!!!! IC sangat penting ok…sila la bawa…heheheh

4.  HADIR KE KAUNTER
  •     Sila la hadir ke KWSP terdekat untuk pengesahan cop jari korang.Done!!!  mudah bukan.

Mudahkan proses nak bayar PTPTN ni. Thanks to KWSP dan PTPTN kerana memudahkan lagi proses pembayaran. So, tak tak ada alasan untuk tak membayar PTPTN kan…kesian adik-adik yang nak belajar nanti, susah pula nak dapatkan pinjaman. Dahla kos pendidikan bukanya makin murah..


p/s: sila la bayar ptptn anda sekiranya tak nak di blacklist…