tada!!!

Thursday, 14 April 2016

~Preauricular Ear Pit~

Preauricular Ear Pit


Siapa dekat sini ada Preauricular Ear Pit?
tergeliat lidah nak sebut benda alah ni...heheheh
Kita ringkaskan je la nama dia kepada PEP je la ye...tak la panjang bebenor..
Meh aku tunjuk korang macam mana rupa ear  pit ni okeh...
jom terjah gambar bawah ni..
* Ihsan Google

Nampak tak lubang kecil tu?.. Kalau still tak nampak, sila la zoom ye..hehehe
Itu la dia PEP...salam perkenalan ye...kehkehkeh..

So, nila yang aku nak share dengan korang pasal si Peah PEP ni.
Coz, aku adalah salah seorang yang ada PEP ni...
sebelah kanan telinga aku ni ha.
Dan...
Pada sabtu  (19/03/2016) aku telah datang ke klinik coz, Si PEP ni buat hal..infected la tu..nyampah i...
Padahal selalu kot aku bersihkan dia ni..
Buat pengetahuan korang..
PEP ni lazimnya akan mengeluarkan pus yang kurang menyenangkan..
maksudnya dia kena infected yang kecil-kecilan gitu.. 
so, kena everyday bersihkan..
But, since hari rabu , dia macam sakit sikit. 
I thought, dia sakit sebab aku selalu tenyeh( bersihkan) dia.
Tapi dah tiga hari sakit, 
so aku pun dah sedia maklum kalau sakit dia berlarutan more than 3 days..
bawa-bawalah ke klinik ye..menandakan dia dah kena infected yang besar-besaran punya. (pengalaman aku since sekolah rendah kot!)
Fyi, every 2 years dia kan jadi abscess yang besar  dekat belakang telinga aku tu.
Last dia membengkak adalah tahun 2014, awal tahun macam tahun nila.

So, now dah beransur pulih.
 Aku pergi klinik hari tu doctor bagi painkiller ponstan, antibiotik cloxa & kurangkan bengkak papase.

Memang everday la aku amik painkiller ..almost 2 weeks aku kena amik painkiller ni. Kalau tak memang sakit gila-gila..hehehe  

Doctor yang aku jumpa tu suggest untuk remove je, siap dia refer aku ke UKM lagi.
But i refused, seboleh-boleh mungkin nak elakkan sebarang surgery...hehhehe

2 tahun sekali, tak pe aku still boleh tahan...
walaupun nak nangis je..

Acctually abang aku pun ada juga PEP ni, but tak pula mendatangkan masalah dengan dia..ok je.. so, i know i'am the CHOOSEN one...hehehe

Sebelum ni aku dah pernah ke klinik masa abscess ni tengah membesar..doktor akan potong sikit bahagian kulit tu then dia akan guna syringe untuk tarik nanah-nanah yang ada.
Masa tengah potong tu takla sakit, sebab doktor akan guna bius area telinga.
Tapi masa nak picit tu yang aaaaammmmat sakit. 
Sebab tu aku refused nak pergi klinik lagi. 
Biar dia baik sendiri and aku rawat sendiri..
makan masa 2 weeks juga nak baik ok...sob..sob..sob..

2 kali kot pengalaman jumpa doktor masa sakit ni. Last masa tahun 2009 masa study, pergi klinik panel yang ada dalam kampus waktu tu. 

Yang peliknya, bila aku lepas jumpa doktor dia kan selang 3 tahun baru dia muncul balik. 
Tahun 2012 dia muncul, lepas tu consistent balik 2014
dan latest 2016.

Seingat aku dia dah start since aku tahun 2. 

Korang ada tak pengalaman macamana ni? 
Sharela dengan aku..korang pernah remove ke?


p/s: sentiasa bersabar, kerana percaya mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian berlaku pada kita...

No comments:

Post a Comment