tada!!!

Friday, 18 December 2015

List of Books That I have Read

Disini list-list buku yang telah aku baca. Simpan sini, supaya next time mudah nak cari...hehehe.. sebabnya, aku ni selalu ada problem nak ingat balik tajuk-tajuk buku. Kalau beli buku, kena buka baca sinopsis baru boleh ingat dah baca or belum.

CECELIA AHERN 
~ Untuk Cecelia Ahern aku baru baca tiga buku dia ni. 
~Aku beli P.S I Love You & A Place Call Here di Kinokuniya dan Where Rainbow Ends di Popular Ampang Point.
~ Antara 3 buku ni, P.S I Love You yang paling mahal..HUH!! Sebabnya aku beli yang hard cover, masa tu dah tak ada yang kulit biasa tu. 
~So, aku dah sukakan, terpakasa la beli juga, walaupun harga RM 60.00++. 
~Yang lagi dua tu harga dalam RM 30.00++. But, no worries sebab setiap buku ni berakhir dengan happy ending...hehehe



J.K ROWLING 
 ~ Untuk Harry Porter series ni aku download je.
~ Bagi aku baca buku lagi best dari tengok movie. Aku rasa lagi dekat dengan watak-watak ni.

 1.Harry Porter And The Sorcerer's
2. Harry Porter And The Chamber Of Secrets
3. Harry Porter And The Prisoner Of Azkaban
4. Harry Porter And Goblet Of Fire
5. Harry Porter And The Order Of Phoenix
6. Harry Porter And The Half-Blood Prince
7. Harry Porter And The Deathly Hollows


L.J SMITH 
 ~ Ini bagi those yang suka baca Vampire Diaries
~Pun aku download dari web yang sama dengan Harry Porter series tu. Korang cari je situ k.

1. The Awakening
2. The Struggle
3. The Fury
4. Dark Reunion
5. The Return: Night Fall
6. The Return: Shadow Souls
7. The Return: Midnight
8. The Return: Phantom
9. The Return: Moonsong
10. The Return: Destiny Rising
11. The Salvation: Unseen
12. The Salvation: Unspoken
13. The Salvation: Unmasked

LEE CHILD(Action-Fiction)
~ Untuk Buku Lee Child satu je aku beli, beli di Popular Ampang Point juga, iaitu Never Go Back.
~ Yang lain tu aku banyak download, coz tak jumpa mana-mana kedai buku sebab dah lama sangat. ~Besides kalau boleh free download, better download kan??hehehe..korang rajin-raiin la cari, best sangat-sangat buku by Lee Child ni.
~ Or korang boleh cari novel-novel di sini boleh baca online. 
~ Banyak lagi novel dari Lee Child ni yang aku dah baca...tapi macam biasa, dah lupa tajuk...hehehe
~ Nanti aku ingat aku update lagi la ye...


STEPHANIE MAYER

1. Twilight
2. New Moon
3.Eclipse
4. Breaking Dawn
5. Midnight Sun

JAMES DASHNER
1. The Maze Runner
2. The Scorch Trials
3. The Death Cure

Setakat ni ni je yang aku ingat..banyak lagi yang aku dah baca..tapi semua buku aku simpan dalam kotak. Malas nak selongkar.















Thursday, 17 December 2015

Deodorant Terbaik 2015!!!





Salam Bloggers...

Hari ni aku nak share sedikit mengenai deodorant. 
Semua orang tahukan pasal deodorant. Dan berlambak kot ada dekat luar tu, pelbagai brand yang ada.

But, for me Brand dari Total Image ni paling best and selamat aku rasa. 
Cause, all this while aku pernah try pakai 2 brand je seingat aku. 
Lama jugala jangka masa yang aku pakai brand-brand tu. 

But, since aku ada fibrodenoma..aku WAJIB!! kena tukar juga deoddorant yang ada tu dengan Smelly No More dari Total Image. 
Sebabnya, ciri-ciri Smelly No More ni sangat-sangat membuatkan aku tertarik and yang paling penting i feel safe!!!

Ciri-ciri Smelly No More 
 1.Natural
2. Tidak menghitamkan kulit
3. Tidak melekat & Tidak berminyak
4. Alcohol & Fragrance Free
5. Tidak mengotorkann pakaian
6. 300% efective dari brand yang ada
7. Tidak menyebabkan allergic


Bahan-Bahan
 Garam Mineral Semulajadi

 Cara Mengunakannya
Selepas mandi. 
Korang kena basahkan dulu baru apply to areas which needs protection. 
Boleh digunakan untuk kaki, leher selain arampits.



 Testimoni Dari Aku
~ Aku dah pakai Smelly No More ni dalam 5 bulan lebih, so far memang betul tidak melekit, tidak berminyak macam brand yang aku pakai sebelum ni.
~ Tidak meninggalkan kesan pada baju.
~ Tahan lama

 Brand ni memang agak mahal sikit la dari yang lain. yang kecik tu dalam RM 16.90 kalau tak silap la. Besar dalam RM 24.00 lebih macam tu.
But, berbaloi beli kecik pun tahan berbulan-bulan kot. 
Aku pakai sejak bulan August, sampai sekarang seriously macam tak berkurang je.








Monday, 14 December 2015

Shutdown Minda dengan membaca buku!!!

Hi bloggers!!!


Bila otak dah start beserabut dan stress mula menghampiri..my heart start to itch to read a new book.
Dengan cara ni lah aku escape dan shut down minda aku sekejap. So that, i feel energized again!!
No more stress, no more negative thinking...

Sometimes i wonder, is this the same feeling when smokers itch to find  cigarettes or drug addict itch to taste a drug?

Maybe the answer is yes..cause every time I see a sight of bookstore, there is a magnet come out from no where and start to pull me towards the bookstore... okeh..that was exaggerate...

Thats why aku mengelak untuk datang ke book fair!! coz ketidakwarasan akan muncul apabila nampak buku yang banyak lagi murah...sebabnya, nanti in the middle of month aku makan pasir je!!!
Walaupun aku tahu ni lah masa yang sangat bagus untuk memborong buku. But, i try hard to hold my self from going to the fair...isk..isk..isk..

So guys, find what you really love..yang boleh hilangkan stress korang..i mean yang positive lah. Contohnya, swimming ke, memancing ke, running pun boleh jadi juga, anything yang boleh menghilangkan stress korang.


~ Cuti 6H 5M Di Terengganu~

Holla readers!!!


 *pic ihsan google

 Aku tak sabar sungguh tunggu cuti sempena Chinese new year 2016 ni..hehehe
Sebabnya aku with my best buddy akan ke Kuala Terengganu dalam 6 hari 5 malam gitu.
Planning nak naik bus kot. Tapi belum beli ticket lagi, maybe next week.
Kitaorang akan stay dengan abang aku di Kuala Terengganu. So, dah save budget untuk tempat tinggal dan makan...hehehehehe..

Untuk pengangkutan mungkin nak sewa kereta, tapi tengok keadaan..kalau abang aku tak busy boleh la ajak jalan-jalan kan. Tapi kalau dia busy, kenalah sewa kereta juga. Tak pun guna public transpot je, lagi murah kan.
Seingat aku dulu ada bot penambang dari pasar payang ke seberang takir, tak sure masih wujud or tak. Aku dah lama gila tak ke Terenggnau..dah 11 tahun kot..heheh..
Kalau still ada, nak try naik lagi..dah lama tak naik.

Aktiviti masa di KT nanti mungkin ke Muzium saja..dan jalan-jalan ke Pantai je.

Cost yang perlu
1. Bus Ticket = RM 44.00 x 2 = RM88.00
2. Teksi dari rumah ke TBS
3. Makan
4. Beli keropok lekor (ni wajib, coz favorite aku..hehehe)
5. Transpotation

Tu je kot, coz aku bajet beli keropok lekor je dari Terengganu, coz bajet aku ciput je..hehehe



** p/s : nak makan keropok lekor puas2..hehehe

Friday, 4 December 2015

Satay Kajang-Hj Shamuri

Holla bloggers...


 
  


* pic ihsan google


Hari Sabtu lepas (28 November 2015) adalah second time aku datang ke Restoren Satay Kajang Hj. Samuri. Kan Satay Kajang ni tersangatla famous...
 But, first time kawan ajak makan sini reluctant juga la. Sebabnya, aku ni bukanlah suka sangat makan satay, apatah lagi kuah kacang!!

Tapi untuk second time ni, aku pula yang beria-ia...hehehe..coz aku dah start suka makan satay!!!
So, for those yang macam aku kureng berminat dengan satay ni..korang kena try ni.. manatau suka kan?
Tapi kalau datang tak makan satay pun, makanlah makanan lain.

 Restaurant Hj Samuri ni, banyak choice nak duduk tau. Bahagian bawah memang pack abis..semua orang suka duduk bawah kot, tak payah nak naik tangga bagai kan..dan sesuai untuk keluarga, lagi-lagi bagi mereka yang bawa parents.
 Kesian pula nak naik tangga lagi, walaupun tingkat atas tak la sesibuk bahagian bawah.

Jangan risau bahagian atas pun ada kaunter untuk order satay.
 Dan tak payah nak berbaris panjang-pajang macam bahagian bawah.
Macam kawan aku dia stress nak beratur bahagian bawah..hehehe.. we thought bahagian bawah je yang boleh order.
Memandangkan, bawah dah full aku pun naik la atas untuk grab a seat, lepas tu barula sedar atas ni pu boleh order juga.
So, aku terus call kawan aku yang tengah stress queue tu, untuk naik atas. Sebab bahagian atas ni tak perlu nak berbaris panjang-panjang

 Aku macam biasa akan order satay ayam. Harga satay ayam RM0.80 secucuk yag lain aku tak ingat..aku rasa harga lebih kurang kot.
Selain ayam, korang boleh order satay kambing,perut and daging. Nasi impit pun ada.
So, jangan segan-segan datang ke Restaurat Haji Samuri okeh....hehehe

Friday, 6 November 2015

Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya- Dr.Azizan

Assalammualaikum readers!!!


Jom cek diri kita dari kata-kata Dr.Azizan ni.

Dan bawah tu juga ada facebook Dr.Azizan, follow la Dr.Azizan ni..banyak perkara kita boleh belajar.












* Aku saja simpan sini -supaya aku ingat dan jadikan ini sebagai garis panduan (muhasabah diri) kalau nak berjaya..



Thursday, 29 October 2015

Goosebump Movie


GOOSEBUMPS MOVIE

Hi,korang dah tengok Goosebumps movie ni? 
Sebenarnya aku dah tengok 19 Oktober 2015 lagi.  Baru teringat nak buat entry pasal ni..hehehe..
Belum terlambat bagi korang nak tengok..sebab pawagam-pawagam yang ada di KL ni masih menayangkan movie ni.

Ni serba sedikit summary dari Google..boleh la korang baca sebagai hint sebelum tengok movie ni nanti.

Upset about moving from the big city to a small town, young Zach Cooper (Dylan Minnette) finds a silver lining when he meets his beautiful neighbor Hannah (Odeya Rush). The teen is surprised to learn that Hannah's mysterious father is R.L. Stine (Jack Black), the famous author of the best-selling "Goosebumps" series. When Zach accidentally unleashes the monsters from the fantastic tales, it's up to Stine, his daughter and Cooper to return the beasts back to the books where they belong.


Mungkin bagi korang yang pernah baca buku-buku R.L. Stine.. wajib kot korang tengok movie ni..
But honestly, aku tak pernah baca buku R.L. Stine...dan tak sedar pun kewujudan penulis ni..until aku tengok movie Goosebumps..itupun kawan aku mention memang dia penulis buku dan dia pernah baca salah satu buku R.L.Stine...okeh..mungkin aku akan cari buku-buku dia...


Aku beria-ia tengok ni sebab nampak gambar yang macam atas tu. hahaha
I thought movie ni macam King Kong..sebab aku ni suka kot tengok movie-movie macam tu..but totally different.
Kan aku dah cakap tadi..aku tak pernah pun tahu mengenai  R.L.Stine. apatah lagi nak membaca buku dia kan.
So, expectation tu 100% lari la...but, i tell you..ianya tidak mengecewakan untuk tengok movie ni..
Movie ni ada unsur-unsur suspen dan comedy.

Bawah ni aku bagi korang tengok gambar-gambar, supaya korang lagi semangat ni tengok ok..

*Pelakon-pelakon utama

* Penjahat utama..hehehe

* Penjahat beramai-ramai sedia untuk menyerang...:)

Tuesday, 27 October 2015

Tip Of Borneo 2015

Holla readers!!!...

Straight to the point...aku nak cerita pasal masa raya ari tu aku dan family pergi ke Tip of Borneo yang terletak di Simpang Mengayau, Kudat.

Aku pergi sana on 25 July 2015, raya ke 8..hehehe..kitaorang beraya di Simpang Mengayau..

Sangat banyak perubahan yang aku nampak..Last aku pergi Simpang Mengayau ari tu tahun 2006, masa dah habis STPM. Masa tu Simpang Mengayau ni baru di buka, so pembangunan pun agak kurang.
Tapi sekarang, kalau nak bermalam di sana pun boleh, coz dah ada penginapan!!! Wow!!! aku teruja..heheh
Planning next year balik raya, nak bawa family tidur sini, coz boleh mandi pantai and menghirup udara Laut China Selatan ni puas-puas... selalu duduk dalam aircond je kan...hehehe

Pic ni sebenarnya pic bikers dari sarawak. Gigih bebenor dorang dari sarawak naik motor je kan..gila..mesti urat -urat dorang ni da cramp...ooppss

*Korang kalau nak stay di Simpang Mengayau ni boleh la tempah bilik di Borneo Tip Beach Lodge..sebab ni ..betul-betul facing laut tau..hehehe..











Konsert Wings 30 Tahun

Hi there friends!!! 




Yup!! I'm going to Wings Concert.. on 31 October 2015!!!
I'm excited actually..even though i don't know what to expect.. coz this is my FIRST TIME going to concert...and this is Rock Concert!!!!..OMG!!!...hahahaha..

Okey, actually kawan aku yang ajak..which is the one and only who's going to pay for my ticket!!..so, orang dah memberi, stadium merdeka aku tadahkan...coz konsert ni berlangsung di stadium merdeka...hehehe..

Okey, di bawah ni serba sedikit info mengenai ticket konsert Wings 30 Tahun ni.

The events will be held at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
On 31 october 2015(Saturday)
Ticket Price: RM 285.00 (RockZone)
RM 85.00 (Normal)
RM 48.00 (Student)

Korang jangan risau, tak susah sebenarnya nak membeli ticket-ticket nak ke konsert ni. Ramai je agen-agen yang menjual tiket ni..merata Malaysia okeh..agen di Singapore pun ada. Tapi bagi yang malas cam kitaorang..maksud aku yang malas nak menghubungi agen-agen tu..beli jela online...bukan ke sekarang ni semuanya di hujung jari je...kehkehekeh..

Korang boleh tengok agen-agen area tempat tinggal korang di www.sayap2wings.com
atau nak beli online boleh terus ke  www.tickethotline.com.my

Menurut interview Awie dalam hot fm, Jam 2 petang akan gate telah pun dibuka..dan ramai artis-artis jemputan akan datang.


Apa-apun...nanti aku akan cerita lagi mengenai konsert ni di entry akan datang..okeh..stay tuned...







* Kedudukan mengikut harga ticket.


**p/s: korang duduk mana nanti??



THE MAZE RUNNER: The Scorch Trial

18 September 2015
The day i watch this movie with my best friend.

10 September 2015, are official release date in Malaysia. I watch this movie at Spectrum Mall. I choose this cinema because its cheap!! But not with a new movie..i guess. Coz last time i came the price only RM9.00 per movie.. But The Maze Runner: The Scroch Trial cost me around RM13.00.

But still cheap, right? If you compare with other places...so, if you want you day out fun but still in budget..make sure you come to Spectrum Mall, Ampang. Which  recommended by me.hehee, not just cheap but you don't need to go through a very long queue...

Once you enter Spectrum Mall, you can proceed to 3rd or 4th floor..there you can see a very clean and quiet environment. After you purchase your ticket. You can choose where to sit down, coz One Cinema provide chairs and table!!! 
If you don't believe me..come to this place first... i dare you....hewhewhew

And last but not least..
Opposite One Cinema, there is karaoke room.for those who love to sing..
you can try how good your vocal, 
while waiting for your movie...

THE MAZE RUNNER: The Scorch Trial
Here's the summary for you..

Transported to a remote fortified outpost, Thomas and his fellow teenage Gladers find themselves in trouble after uncovering a diabolical plot from the mysterious and powerful organization WCKD. With help from a new ally, the Gladers stage a daring escape into the Scorch, a desolate landscape filled with dangerous obstacles and crawling with the virus-infected Cranks. The Gladers only hope may be to find the Right Hand, a group of resistance fighters who can help them battle WCKD.-credit to google.


Summary from me:
I can say, i come to love the maze runner series..after the first one. 
This movie still make my heart jumping fast and faster...hahahha...
And this movie you can meet new character Brenda (Rosa Salazar) and Jorge (Giancarlo Esposito).

* Have you guys watch The Maze Runner: The Scroch Trail??























Friday, 21 August 2015

I heart Panda


I was so happy,when i read the news..about our panda,loan from china acctually..deliver her baby second baby, but first in Malaysia on 20 August 2015.
A very important date..should remember this okeh...
Acctually, i still dont have chance to visit Zoo Negara, since Liang-Liang and Xing-xiang arrived in Malaysia.


Will visit soon, but for 2 months Xing-xing and the adorable baby will be quarantine..they dont want to exposed the baby..for healthy i guest.

*p/s : Before this i never really into pets..but since i really love elephant and panda..can i keep them as a pet?

Aku & Fiberdenoma

Hi,

Khas untuk kaum perempuan..hehe..sebab
Entry aku kali ni,nak share pasal experience buat check up breast di hospital kerajaan.

Sebenarnya form 5 aku dah notice ada ketulan di Miss B aku..dan dah pun buat check up untuk pertama kalinya..nurse tu kata, its a normal ketulan, coz masa tu muda remaja lagi kan...so, i just leave it there..until for last few years...its hurts...

So, aku pun dah start panic attack kan...yela la selama ni tak sakit, tetiba pula nak sakitkan..tak ke ko panic?? Ke ko buat bodoh je?hewhewhew...

But take my advise, do the check up frequently,  anything changes..korang dah boleh tahu..kalau ada perubahan...contohnya korang rasa ada ketulan ke, or sakit..cepat-cepatla jumpa doktor..buat pemeriksaan awal..penyakit ni tak mengenal umur..kalau muda pun tapi ada sejarah ahli keluarga pernah kena kanser..lagilah risiko tinggi..

 Tak perlu nak fikir 20 kali..kalau dah ada ketulan or sakit tu..terus buat check up ok..at least korang tahu..whats going on..inside your body..takla tertanya-tanya kan..

Berbalik kepada cerita aku tadi... memandangkan aku dah panic,aku pun pergilah ke klinik kesihatan, tujuannya supaya dia refer terus ke bahagian surgery di hospital besar..sebab hospital yang dekat rumah aku ni tak terima patient yang walk in..kena ada reference dari klinik-klinik kesihatan..

After doktor dekat klinik kesihatan buat check up, dia kata memang dia rasa juga ketulan tu..so, dia bagi surat untuk ke hospital besar, bahagian surgery dan buat pemeriksaan lanjut dekat situ..then aku pun bawala surat tu ke sana..on the same day dapat appoinment dengan doktor..tapi kalau tak silap aku  1 or 2 minggu aku kena tunggu..biasala..first come first serve kan..

Tunggu punya tunggu..hari nak appoinment pun sampai..aku siap cuti lagi time tu..sebab appoinment jam 9.

Result check up pertama tu..doktor suggest aku buat ultra sound..sebab dia pun dapat rasa ada ketulan..jadi kena buat ultra sound untuk menentukan dan mengesahkan how big ketulan tu..then aku set lagi next appoinment...tunggu pula 2 minggu..

Dapat pula result ultra sound ..alhamdullilah..dia kata bukan kanser bedasarkan kepada saiz..tapi yang aku terkejut tu..ada 2 ketulan..yang aku rasa ada 1 je..sebab saiznya 1.0mm..yang kecik tu 0.7mm..see my point there?  Kalau korang rasa ada seketul..tak semestinya ada 1 je..mungkin banyak..hanya dengan buat pemeriksaan menggunakan ultra sound je untuk memastikan ada berapa biji dan saiznya..

Korang tak perlu risaulah..ultra sound tak sakit pun..bagi yang dah pernah bersalin tu..mesti pernah  ultrasound untuk tengok baby kan? So, the same procedur la nanti..tapi bukanla dekat perut tapi atas miz B...Hahahhahaha..not funny okeh!!!

Lepas dah buat ultra sound ni..kena buat appoinment lagi dengan doktor..masa ni dia akan explain..apa sebenarnya ketulan tu, berapa banyak yang di jumpai, berapa besar dan solutionnya..

Lepas dapat result ultrasound tu, doktor hantar pula aku  ke untuk buat FNAC..masa ni Allah je tau takutnya aku..sebab banyak yang aku baca FNAC ni sangat sakit..dah la melibatkan cik jarum..😨😨

Fobia aku dengar nama jarum ni..hehehe..but acctually..FNAC ni tak sakit pun..time aku buatla..tak tahu pula oran lain..pula tu doktor tu buat less than 2 minute kot..sampai aku pun terpinga- pinga lagi atas katil tu..tak nak turun,walaupun doktor dah kata siap..i thought silap dengar okeh.hahaha..🙊🙊🙊

Doktor buat FNAC ni, untuk nak amik tisu ketulan tu..untuk mengukuhkan lagi bahawa ketulan tu kanser or tak..

Kes aku pula, ketulan tu hanya la fibrodenoma..which is bukan kanser, tapi ada kemungkinan akan membesar.. doktor pun tanya aku..nak buang ke tak? Tapi sebenarnya tak nak pun okeh..sebab tak akan menjadi kanser..tapi 6 month macam tu..kena jumpa doktor lagi..dia nak pantau, dan kita pun kena alert sebarang perubahan miz B tu.( buat pemeriksaan berkala)..

Memandangkan aku rasa sakit dan of course tak selesa..aku decide buat surgery..buang ketulan tu..

So,sekarang ni aku tengah tunggu next appoinment untuk buat surgery tu.Tapi yang bestnya..lepas surgery dah boleh balik rumah, tak perlu masuk ward pun..dan doktor dah pesan malam tu aku kena puasa.

Doakan aku ye...

Next entry, nanti aku ceritakan pengalaman buat surgery pula okeh... till we meet again..😀


Wednesday, 1 July 2015

Escape dengan membaca!!

holla bloggers and readers!!


Entry kali ni, aku nak story pasal kenapa kita perlu membaca:-


1.Sebagai cara  escape dari keboringan tahap gaban and stress!!

~So, bagi kau yang selalu bosan dan tak tahu nak buat apa ataupun stress memanjang,inilah masanya kau mulakan  tabiat membaca.
~Kau pernah tak stress, maksud aku, perkara tu asyik berulang-ulang di minda..kau nak fikir benda lain pun tak boleh, asyik ingat perkara yang mengstresskan diri kau. So, disini la peranan membaca buku tau!!..
~ Tak perlu dadah, alkohol dan sewaktunya untuk melupakan seketika masalah-masalah yang kau ada. Tapi dengan membaca sahaja,semua perkara yang membuatkan kau stress boleh hilang semasa kau membaca...tak percaya, cuba, try test la dulu!!
~Kau carilah jenis buku yang kau suka. Contohnya, kau suka misteri, yang kau nak pegi baca romance novel tu apa kes..memang kau bosan la kan..hehe.. itu contoh okeh.. jangan touching pula.
~Lagipun, sekarang ni banyak je ebook yang free download tau. So, takla korang perlukan duit yang banyak, jimat sikit. Lagipun buku or ebook ni boleh bawa pegi mana-mana, senang dan mudah. Kalau dah stress sangat-sangat , hah,,buka je buku or ebook kau..confirm hilang stress.

2. Dunia Tanpa Sempadan
~Dengan buku kita boleh memahami budaya orang lain yang berada di dunia ni, tanpa kita perlu ada di tempat mereka.Awesome isn'it??
~Buku juga membolehkan kita untuk memasuki/memahami kehidupan orang lain, Maksud aku watak-watak yang ada dalam buku.
~Contohnya sebagai Vampire..hehehe..korang baca la buku Twilight tu..best what??

3. Kemahiran berbahasa.
~Maksud aku disini, kalau kau baca buku novel-novel melayu, kau akan jumpa perkatan-perkataan yang tak pernah jumpa. Samala juga dengan novel-novel bahasa inggeris, pendek kata, dengan membaca ni kau akan akan improve vocabulary, spelling and grammar kau yang selama ini limited.

4. Penyabar!!
~Percaya atau tak, kau akan jadi insan yang sangat sabar!!
~Contohnya: Kau tak akan gentar dengan panjangnya barisan...kerana kau punya kesempatan untuk mengembara ke dunia lain, dengan hanya duduk membaca, sambil menunggu giliran...
~Kalau kau tak percaya, apakata cuba dulu. Coz its works for me babe!!...

5.Menjadi orang yang lebih baik.
~Kerana dengan membaca, kau boleh merasai emosi orang lain. Menjadikan kau orang yang lebih sensitif.
~Menjadikan kau insan yang lebih memahami dan bersimpati dan bukan hanya tahu mengkritik!

6.Belajar perkara-perkara baru.
~Contoh kau baca buku-buku yang mengandungi psychology,sejarah dan fiksyen, secara tak langsung kau belajar perkara-perkara baru. Setiap satunya akan memberikan info-info yang baru.
~Sebab itu pentingnya membaca pelbagai jenis buku.

7. Imaginasi!
~Well, kalau kau rasa sebelum ini, kau ni seorang yang pelik, sebab imaginasi terlalu tinggi. Now, kau sedar, bukan kau seorang sahaja yang bersikap pelik. Sebabnya kau pun tengah membaca produk/buku hasil imaginasi orang lain.
~Mungkin selepas ini orang lain pula yang akan baca product/buku hasil imaginasi kau..itupun kalau kau start membuka dan membaca buku dari sekarang!!


* Coz reading makes me happy and free!!!







Thursday, 4 June 2015

Axia Merah- Aku Jatuh Cinta

Entry kali ni aku nak share serba sedikit mengenai Perodua Axia. Sebabnya, aku dah jatuh cinta dengan Axia Lava Red -Versi Advance & SE sahaja okeh...

*Pada mulanya kau nak colour putih, tapi  bila aku dah pusing dua tiga kali keliling kereta ni, duduk bahagian driver, masuk bahagian passanger depan dan belakang, tutup buka pintu, bonet sekali.... HAH!!! aku dah jatuh chenta!!!...dalam hati kata I WANT AXIA LAVA RED okeh... hehehe..

*Aku suka Axia ni sebabnya sangat-sangat murah berbanding dengan harga kereta lain.. lagipun aku nak pakai on the road je kan..bukan nak bawa ke hutan rimba bagai..hehehe.. itu kena beli hilux pula.

*Meh kita cerita pasal harga pulak, harga Axia SE 1.0 SE-Automatic, Solid adalah RM 39,637.15 di Semenanjung ni la, kalau Sabah & Sarawak harga naik Rm 2k..labuan pula murah dari semenajung, turun RM 2k..itu solid,, tapi kalau metalik harga naik RM400.00..(ni harga semasa la, tak tahu in future macamana pulak)

* Monthly dalam RM400.00 juga kalau tak silap hari tu, aku tanya salesman.

* Ni aku certa pasal Automatik, sebab aku nak beli kereta auto... tapi kalau manual lagi murah la.

* Pasal spec ni aku tak tengok sangat..janji harga da murah..hehehe..

*Safety & security,  interior, exterior bagi auto dan manual adalah sama je..jadi terpulang nak pilih yang mana kan.

** So, next year aku akan mendapatakan MR.X ni... hehehe..



Wednesday, 6 May 2015

Fast & Furious 7

Sepatutnya hari tu aku cakap,aku nak marathon tengok movie di rumah kan?
End up, aku marathon baca buku, time cuti last week...hewhewhew..

Aku just tengok dua movie iaitu Suamiku Mr.Perpect 10( i know aku terlambat tengok movie ni...hehe) and satu lagi aku tengok Fast to Furoius 7.
*pic-ihsan google

Ada empat movie lagi yang aku masih belum tengok..sebabnya aku nak baca buku dulu, then kalau dah bosan, barulah tengok...(tapi bila la agaknya aku pernah bosan dengan buku?)

Part last movie Fast & Furious 7 ni, aku agak sedih juga. Yela korang pun tahu kan, hero (Paul Walker) kan dah pass away..so, agak sedih tengok dia berlakon, sedangkan reality dia dah tak ada..(sob...sob..sob..) dah la aku minat dengan dia ni..

But, korang mesti tengok movie ni, best tau!! And tak nampak sangat perbezaan antara Paul and adik dia..Sejibik je muka dorang...

Aku tak nak cerita lebih-lebih fasal movie ni, so korang better tengok sendiri...

Wednesday, 29 April 2015

Cuti Hari Buruh

Good Morning Korang yang awesome!!!

Tak sabar rasanya nak cuti kan..yela esok (Jumaat) kan cuti, labour day ataupun hari buruh. Ni di Malaysia la, not sure pula negara lain pun sambut hari yang sama kan.

So, korang plan nak kemana?
Aku mungkin akan marathon tengok movie je, dirumah okeh, bukan di cinema.. kopak duit aku kalau nak marathon sana..hewhewhew.. dah la harga ticket paling-paling dalam RM15 kan..

Monday, 27 April 2015

Aku & Setroli Buku...

Selamat petang korang,

Korang buat apa hari ni?

Kali ni nak cerita pla berkenaan reward sebab aku dah lulus ujian jpj 15/04/15 ari tu..hehehe...alhamdullilah Allah sentiasa permudahkan urusan aku...

So, sebelum ujian ari tu, kawan baek aku cabar aku...hehehe..
Dia kata kalau aku gagal aku kena belikan dia apa-apa yang dia nak..dan kalau aku lulus pla..dia yang kena tunaikan permintaan aku...

Jadi pembakar semangat la ni kiranya..hehhe..

So, aku cakap dengan dia, aku nak setroli buku je...hahahaha....dan dia pula nak baju yang mahal2..dan kitaorang pun deal
But, the best part is...I WIN..HAHAHAH... so, tiba la masanya aku nak tagih balik setroli buku tu...hewhewhew...

List buku yang telah aku beli & baca:

1) P.S. I Love You -Cecelia Ahern
* Okeh, aku tau, aku terlambat baca buku ni,,,ada aku kesah?..hehehe..
* Buku ni best..touching2 gitu..so bagi korang yang belum baca, try la cari buku ni dekat mana-mana bookstore..aku beli hari tu di kinokuniya (betul ke spelling?)...tapi aku beli hari tu pun tinggal 1 je lagi... tu pun hard cover pulak tu...korang faham-faham la kalau hard cover..60 hengit okeh!!! grrrr... bengang aku.. tapi no choice, coz aku dah malas nak cari tempat lain, kebetulan dah jumpa beli je la kan...yang geramnya, dengan RM60 aku dah boleh dapat 2 buku kot...
* Eh?? korang dah tengok movie P.S. I Love You ni tak? ari tu aku dah download, tapi aku letak mana ntah...sebab download guna handphone, pas tu transfer to pen drive pas tu desktop kot???.....errrmmm..kena selongkar desktop la ni pla..hehe..wajib tengok weekend ni.

2) A Place Called Here-Cecelia Ahern
* Lagi satu buku by Cecelia Ahern...ni buku aku beli sekali dengan buku PS I Love You.


* beberapa buku lagi yang aku da baca..tapi lupa pula nak snap pic.
* dan buku-buku tu aku dah masuk dalam kotak..hehhee



Sunday, 26 April 2015

AKU LULUS UJIAN JPJ 2015...yeah!!!

Hi korang, apa kabar?? aku tanya apa kabar??


Entry aku kali ni, just nak tulis yang aku dah dapat lesen D kereta..

Alhamdullilah, aku bersyukur sangat lulus ujian ni..sebabnya berdasarkan prestasi aku semasa ujian, banyak sangat lagi yang perlu diperbaiki. But aku kuatkan hati dan sentiasa berfikiran positif..alhamdullilah berkat percaya pada diri sendiri, aku lulus juga. 

Sebab aku tanam niat awal-awal, yang aku tak kan repeat ambik ujian ni. Biar sekali harung...sebabnya membazir masa dan duit je kalau nak kena repeat pla kan... 


* korang kalau nak tanya apa-apa pasal nak amik lesen D ni, juz email me ok!!

Monday, 20 April 2015

Steamboat Time!!

Assalammualaikum korang yang awesome!!!


Entry aku akli ni berkenaan , sabtu malam lepas (18/04/15) aku pegi makan steamboat di shah alam.
Orang-orang shah alam mesti dah biasa makan dekat D'Kayangan Shah Alam, Selangor. Aku dan kawan aku sempat sesat nak datang sini, heheh..sebab tak familiar dengan shah alam ni, tapi berbekalkan GPS & perut berkobar-kobar nak makan, dekat mana pun  boleh cari kan..hehehe..

Kalau yang tak tahu nak datang ke sini, korang cari sri accapella guna korang punya gps yang canggih manggih tu, confirm dapat cari...

Restoren D'kayangan ni berkonsepkan Grill and Steamboat Buffet. 



*Pic-Ihsan google

Sesiapa yang dah drooling tu, sila la datang...hehehe
Tapi memang memuaskan makan di sini, pilihan seafood sangat banyak. Dan dessert turut disediakan. 
Yang penting korang bawa perut yang kosong je..hahaha..sebab sampai sini rasa semua nak makan.
Caj pula sangat murah iaitu per person RM33.00.sahaja.. Murah kan??






Thursday, 16 April 2015

TEST JPJ 2015

Hi everyone,

Hari ni aku nak kongsi pasal Ujian JPJ yang aku baru ambil pada 15 April 2015 (semalam)..
Alhamdullilah...aku lulus ujian ni..tak perlu nak repeat lagi, Buang masa dan buang duit..hehe

Semalam jam 6 aku dah bangun bersiap awal, sebab dah janji dengan Cikgu, di nak pick up jam 8 pagi di Ampang Point Bustop. So aku gerak dalam jam 7 pagi, aku naik teksi, sebab pepagi kan jem, pastu bus plak lambat... Jam 8.00 pagi.

Lepas tu kitaorang terus gerak ke IMKEDA Cheras..sampai dalam jam 9 lebih, cikgu bagi RPK bab POWDER(bahagian engine kereta). Lepas tu terus tengok nombor giliran..aku sesi 2 nombor 07. So, tak la awal sangat dan lambat sangat kan..sebab sesi 1 start  sebelum jam 9..aku pla dalam jam 10..

First untuk ujian JPJ ni, kena buat jalan raya dulu. Aku dapat tester perempuan..dia cakap bila perlu je..but i really2 like it..heheh..sebabnya boleh aku focus dengan pemanduan berhemah aku kan...(berhemah la sangat). You know what?? honestly, im surprised with my self, sebab aku sangat tenang time bawa kereta ni..sebab masa belajar, selalu kena bebel cikgu, ini tak betul itu tak betul..lambat tukar gear la..hehhe..walaupun ada problem dengan gear dan clucth yang agak tinggi...walaupun beberapa kali mati enjin..hehehe..tapi alhamdullilah, aku lulus dengan jayanya...hahahahha...

* Kalau korang nak guna khidmat cikgu aku..boleh email aku mychy7112@gmail.com(aku akan bagi no.telefon dia)
** Tapi bagi mereka yang tingal area ampang, keramat dan cheras..ataupun kawasan yang korang rasa dekat dengan cheras...
***Aku gerenti, cikgu ni sangat baik, siap boleh kurang yuran lagi tau...hehehehe..dan dia sekali je kot marah aku...tu pun bukan tengking..marah slow2 gitu...hehehe


Tuesday, 17 March 2015

Iklan yang paling ditunggu-tunggu...

haloo...

With refer to the above....hehehe...dah macam nak buat surat rasmi pulak...okey mengenai tajuk di atas, aku nak tanya korang ni iklan apa yang korang paling suka?

Kalau aku pula aku suka iklan Meggi Kari...yang budak comel dengan mak dia tu...kalau iklan ni keluar memang mata tak beralih dari kaca tv dan siap ikut dialog dia lagi...heheehe..
Dialog iklan ni aku siap hafal okey....heheeh....budak cute tu soal dan jawab sendiri...tapi mak dia takde dialog, just senyum.




p/s: Iklan apa korang suka?
                 

*Love Meggi Ads

Tuesday, 10 March 2015

Pengalaman Amik Lesen Kereta 2015

Hi... ari ni aku nak cerita sikit tentang step-step nak amik lesen D (kereta).

STEP 1

1. Kena daftar mana-mana sekolah memandu & terus masuk Kursus KPP01(ikut sekolah)
~ Aku daftar pada 12 Julai 2014 dan mendaftar dengan sekolah memandu Razi. Dia la yang ajar aku memandu dan akan uruskan A to Z. Aku just bayar je...hehe
~ Masa dah daftar ni dia amik aku dekat bustop Ampang Point sebabnya kami akan ke sekolah memandu di Keramat Au3.Sampai je dekat sekolah tu, aku terus membayar yuran pertama RM350.00 dan diminta mendaftar untuk Kursus KPP01 iaitu mengikuti ceramah selama 4 jam...4 jam dibahagian kepada 2 slot. Slot pertama mengenai Pengenalan Kepada Konsep Pemanduan Yang Selamat/Berhemah, Slot kedua mengenai simbol-simbol yang terdapat di jalan raya. Do not worry, sebabnya korang akan diberikan buku sebelum korang masuk kelas..yang penting dah bayar la kan..
~ Lepas abis kelas korang akan di minta ke kaunter untuk diambil thumbprint, menandakan korang hadir kelas.

*Tips-masa ni korang jangan mengada-ada meengantuk atau sebagainya...masa ni la korang nak faham betul-betul simbol-simbol yang korang tak tahu. Sebabnya akan ada konsep-konsep yang korang yang tak faham dalam kelas ni akan di terangkan dengan lebih lanjut.

STEP 2

1.Ujian Undang-undang(Berkomputer)

-Ujian berkomputer ni akan di jalankan ditempat lain(pusat komputer).
-Soalan terbahagi kepada 3 Seksyen. Seksyen A(15 soalan-Papan Tanda), Seksyen B (25 soalan-Pemanduan Berhemah) dan Seksyen C(10 soalan-)..sebelum korang masuk seksyen A, akan ada soalan warna..kiranya sebagai tapisan awal bagi yang buta warna..kalau tak lulus bahagian ni,automatik gagal sebabnya, komputer tak boleh nak ke bahagaian seterusnya.
-Aku amik exam pula dalam 10 January 2015. Aku amik lambat sebab lepas je Krusus KPP01 tu aku busy, tak sempat nak belajar buku yang diberikan, lepas tu aku balik kampung lagi..tak nak terburu-buru, bila aku dah bersedia betul-betul, yakin boleh jawab soalan walaupun diputar belit baru aku amik exam ni...dan aku lulus dengan sekali harung je..hehe 
-Soalan ada 50..tapi markah lulus 42..masa diberikan 45 minit kalau tak silap...markah aku 46 dan aku jawab  dalam masa 11 minit 58 saat..(sebab tu pentingnya korang baca buku dan yakin boleh jawab dengan betul baru amik exam ni, okeh..) 

*Tips- korang jangan terburu-buru nak amik exam ni kalau tak sedia lagi..maksud aku kalau korang belum lagi khatam buku yang diberikan , dari A to Z...sebabnya nanti kalau korang da gagal first tu korang akan lagi nervous nak amik exam kali kedua..aku ada kenal orang yang dah amik exam 2 kali tapi still failed juga..sekarang ni dia dah macam give up nak amik lagi...nak ke macam tu??

STEP 3

1.Kursus KPP02(Amali)

-Kursus seterusnya selepas korang dah lulus ujian undang-undang adalah kursus KPP03. Untuk krusus ni korang akan diajar mengenai badan kereta dan bahagian enjin.
-Masa ni juga korang akan di ajar apa itu CITO(Cermin, Isyarat, Titik Buta dan Olahgerak), RSM (Rutin Semasa Memandu) & RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan). Sebab benda ni diajar, masa JPJ pun yang ni ada markah tau...satu rutin korang tak sebut kurang 1 markah.Paling penting(mandatori) masa RSM memeriksa tali pinggang keledar, kalau tak periksa dan pakai korang terus failed tau..

STEP 4

1.Latihan Pratikal Dalam Litar & Jalan Raya
-Masa kelas amali korang dah di ajar mengenai RSM dan CITO kan...so ni tiba masa nak buat pratikal di atas litar dan jalan raya.
-Masa untuk pratikal ni adalah 10 jam, macam aku setiap hujung minggu je la dapat buat latihan ni, 2 jam sabtu dan 2 jam ahad..sebabnya weekdays aku kerja.
-Berikut adalah penerangan mengenai RSM dan CITO:


A) (RSM) -Rutin Sebelum Memandu (9) kaedah perlu di amalkan semasa memandu.

1.Korang masuk je kereta, kena tarik break tangan.

2.Melaraskan tempat duduk serta penyandar kepala.

3.Menentukan kedudukan tangan dan stereng selesa (nadi korang berada betul-betul atas stereng).

4.Melaraskan cermin pandang belakang dan sisi(kiri dan kanan

5.Menghidupkan suis kenderaan dan memastikan pentujuk panel menyala(meter-meter yang ada korang kena tahu fungsi. Cth: Untuk Meter minyak petrol E-Empty, F=Full). Masa ni cikgu aku suruh satu-satu baca.

6.Memastikan Gear dalam keadaan (Bebas) sebelum menghidupkan kenderaan.

7.Menghidupkan kenderaan dengan menekan cekam atau brek

8.Memastikan peralatan lampu isyarat/pengelap cermin/Hon berfungsi

9.Menguji tali pinggang keledar dan memakainya.(wajib buat semasa JPJ, kalau tak terus gagal)


B)CITO

C - CERMIN
I - ISYARAT
T - TITK BUTA
O - OLAHGERAK


-Okeh, semasa dalam litar korang kena belajar mengenai jalan-jalan seperti di bawah.
1.Jalan Persimpangan
2.Jalan Membelok
3.Jalan Di Selekoh
4.Jalan Di Bulatan



STEP 5

~ Dah masuk step 5 ni, maksudnya...korang dah nak amik test JPJ.
~ Masa test JPJ ni Pertama sekali kena buat ujuan Jalan raya, Lepas tu baut bukit barula buat side parking, dan parking tiga penjuru..lepas tu buat laluan S dan laluan Z.

*Pastikan korang dah betul2 yakin 200% yang korang boleh bawa kereta dan hafal apa yang dah korang pelajari semasa dalam trek dan atas jalan raya tu...baru amik ujian ok...sebab macam aku cakap awal2,..bila tak bersedia sepenuhnya..mula la nervous, bagai nak roboh jantung...hehehe


** pssst...aku dah dapat lesen D..hehehehe..






Monday, 9 March 2015

Air Barli yang sangat sedap dan berkhasiat...

Assalammualaikum...

*pic ihsan google

Tau tak dengan meminum air barli ni dengan kerap boleh memberikan khasiat yang sangat banyak untuk tubuh badan kita.Okeh mari aku cerita sikit mengenai khasiat memnum air barli ni..

Meminum air barli dengan kerap boleh membantu tubuh badan kita untuk:-

1) Menurunkan suhu badan.
2) Dapat mencegah penyakit kanser kulit dan kanser payudara.
3) Menurunkan paras kolestrol dalam badan.
4) Menghalang pembentukan batu karang.
5) Meredakan sembelit.
6) Baik untuk kesihatan usus.


So korang kalau nak tubuh badan yang sihat..minum air barli dengan lebih kerap lagi okeh...aku biasanya minum air barli ni letak gula sedikit sahaja...sebabnya aku biasa buat dalam kuantiti yang banyak..sebagai pengganti kepada air minuman....kalau letak gula banyak-banyak...dah tak jadi minuman yang healty pulakan...