holla bloggers and readers!!
Entry kali ni, aku nak story pasal kenapa kita perlu membaca:-
1.Sebagai cara escape dari keboringan tahap gaban and stress!!
~So, bagi kau yang selalu bosan dan tak tahu nak buat apa ataupun stress memanjang,inilah masanya kau mulakan tabiat membaca.
~Kau pernah tak stress, maksud aku, perkara tu asyik berulang-ulang di minda..kau nak fikir benda lain pun tak boleh, asyik ingat perkara yang mengstresskan diri kau. So, disini la peranan membaca buku tau!!..
~ Tak perlu dadah, alkohol dan sewaktunya untuk melupakan seketika masalah-masalah yang kau ada. Tapi dengan membaca sahaja,semua perkara yang membuatkan kau stress boleh hilang semasa kau membaca...tak percaya, cuba, try test la dulu!!
~Kau carilah jenis buku yang kau suka. Contohnya, kau suka misteri, yang kau nak pegi baca romance novel tu apa kes..memang kau bosan la kan..hehe.. itu contoh okeh.. jangan touching pula.
~Lagipun, sekarang ni banyak je ebook yang free download tau. So, takla korang perlukan duit yang banyak, jimat sikit. Lagipun buku or ebook ni boleh bawa pegi mana-mana, senang dan mudah. Kalau dah stress sangat-sangat , hah,,buka je buku or ebook kau..confirm hilang stress.
2. Dunia Tanpa Sempadan
~Dengan buku kita boleh memahami budaya orang lain yang berada di dunia ni, tanpa kita perlu ada di tempat mereka.Awesome isn'it??
~Buku juga membolehkan kita untuk memasuki/memahami kehidupan orang lain, Maksud aku watak-watak yang ada dalam buku.
~Contohnya sebagai Vampire..hehehe..korang baca la buku Twilight tu..best what??
3. Kemahiran berbahasa.
~Maksud aku disini, kalau kau baca buku novel-novel melayu, kau akan jumpa perkatan-perkataan yang tak pernah jumpa. Samala juga dengan novel-novel bahasa inggeris, pendek kata, dengan membaca ni kau akan akan improve vocabulary, spelling and grammar kau yang selama ini limited.
4. Penyabar!!
~Percaya atau tak, kau akan jadi insan yang sangat sabar!!
~Contohnya: Kau tak akan gentar dengan panjangnya barisan...kerana kau punya kesempatan untuk mengembara ke dunia lain, dengan hanya duduk membaca, sambil menunggu giliran...
~Kalau kau tak percaya, apakata cuba dulu. Coz its works for me babe!!...
5.Menjadi orang yang lebih baik.
~Kerana dengan membaca, kau boleh merasai emosi orang lain. Menjadikan kau orang yang lebih sensitif.
~Menjadikan kau insan yang lebih memahami dan bersimpati dan bukan hanya tahu mengkritik!
6.Belajar perkara-perkara baru.
~Contoh kau baca buku-buku yang mengandungi psychology,sejarah dan fiksyen, secara tak langsung kau belajar perkara-perkara baru. Setiap satunya akan memberikan info-info yang baru.
~Sebab itu pentingnya membaca pelbagai jenis buku.
7. Imaginasi!
~Well, kalau kau rasa sebelum ini, kau ni seorang yang pelik, sebab imaginasi terlalu tinggi. Now, kau sedar, bukan kau seorang sahaja yang bersikap pelik. Sebabnya kau pun tengah membaca produk/buku hasil imaginasi orang lain.
~Mungkin selepas ini orang lain pula yang akan baca product/buku hasil imaginasi kau..itupun kalau kau start membuka dan membaca buku dari sekarang!!
* Coz reading makes me happy and free!!!